[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]
Online, 20 Julai 2018 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) berbesar hati menerima kunjungan 35 delegasi, terdiri daripada 25 lelaki dan 10 wanita program lawatan sambil belajar pelajar Pascasarjana Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Curup, Indonesia ke IPB. IPB berbesar hati menjadi institusi pertama yang dipilih oleh pihak IAIN dalam projek Kepimpinan Lawatan Sambil Belajar ke Malaysia.
Objektif utama kunjungan delegasi adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan organisasi IPB dan maklumat berkaitan zakat di Malaysia. Dalam pertemuan ini turut diadakan perbincangan kerjasama dua hala yang boleh diadakan kedua-dia belah pihak antaranya dalam bidang akademik, penyelidikan dan perniagaan.
Hadir dalam majlis ini, YBhg. Dato’ Haji Razali Bin Haji Shahabudin (Pengerusi IPB), Tuan Sakaria bin Semela (Ketua Pegawai Eksekutif), serta barisan Pengurusan Tertinggi IPB. Deligasi dari Institut IAIN diketuai oleh Director Of Postgraduate Program PascaSarjana, Dr. Haji. Ifnaidi, M. Pd serta barisan pengurusan dan pensyarah IAIN.
Diharapkan dengan kehadiran delegasi ini dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala IPB-IAIN dalam membangunkan pengurusan institusi pendidikan Islam, akademik dan perniagaan serta dapat menambah baik mutu perkhidmatan di masa akan datang.
[gdl_gallery title=”20071018″ width=”900″ height=”500″ ]