(B.Melayu) Lawatan Mahabbah KUIS Ke IPB

(B.Melayu) Lawatan Mahabbah KUIS Ke IPB


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 12 April 2018 – Institut Profesional Baitulmal (IPB) berbesar hati menerima lawatan mahabbah dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Dalam pertemuan ini telah diadakan perbincangan kerjasama dua hala dalam bidang pendidikan dan juga perniagaan. Perbincangan menjurus ke arah potensi kerjasama yang boleh diterokai bersama oleh kedua-dua kolej yang bernaung di bawah Majlis Agama Negeri ini sama ada dalam bentuk penyelidikan, akademik mahupun pemindahan ilmu. Kerjasama ini membolehkan pelajar-pelajar untuk menyambung pelajaran pada peringkat ijazah mengikut ketetapan yang dipersetujui. Semoga pertemuan ini dapat menjalinkan kerjasama yang erat dan juga dapat membangunkan pelajar muslim professional.

Deligasi KUIS diketuai Pn. Rusmiha binti Othman; Timbalan Ketua Bahagian, En.Jamal Shaikh Abul Barakath; Ketua Seksyen Pengantarabangsaan, Pn. Mudzirah Aishah binti Pawanteh; Ketua Seksyen Pentadbiran & Komunikasi, Pn.Norazreen binti Roslan; Ketua Seksyen Pemasaran Strategik, En Shahrizam Azmeer bin Mohamed; Pegawai Unit Media Kreatif. Deligasi ini telah disambut oleh Tuan Sakaria Bin Semela; Ketua Pegawai Eksekutif serta barisan pengurusan tertinggi IPB.

[gdl_gallery title=”12042018-2″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.