[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 21 Julai 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah mengadakan lawatan mahabbah dan penyampaian sumbangan kepada asnaf di kawasan Parlimen Parit Buntar. Perak. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Datin Sri Zuraida Husin, isteri kepada YB. Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).
KPB (MAIWP) diwakili oleh Dr. Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusoff, Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan); Encik Ilham Hakimi Sidik, Penolong Pendaftar (HEPA); Encik Mohd Nor Asrad bin Hamzah, Penolong Pendaftar (Pusat Wakaf)dan Encik Zamrul Azlan bin Hj Mohamed Rozali, Penolong Pendaftar (Pusat Komunikasi Korporat & Pemasaran).
Turut serta, Naib Canselor/Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman
[gdl_gallery title=”20190721-01″ width=”900″ height=”500″ ]