(B.Melayu) Lawatan Kerja YAYASAN SERI BACHOK Ke KPBKL

(B.Melayu) Lawatan Kerja YAYASAN SERI BACHOK Ke KPBKL


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 27 Mac 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) telah menerima lawatan kerja daripada wakil Yayasan Seri Bachok.

Lawatan ini bertujuan membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan oleh KPBKL dan juga Yayasan Seri Bachok dalam melaksanakan program kebajikan atau corporate social responsibility.

Yayasan Seri Bachok telah di wakili oleh Tan Sri Dr Shamsul Anuar Bin Salim, manakala KPBKL telah diwakili oleh Tuan Sakaria Semela (KPE KPBKL), Dr. Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusof TKPE Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) dan Kamarul Azhar Bin Abdul Rahman, Ketua Bahagian Pengurusan Talent.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.