Lawatan kerja Universiti Teknologi Petronas ke KPB

Lawatan kerja Universiti Teknologi Petronas ke KPB

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 10 Julai 2019 – Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebuah universiti swasta yang menerajui bidang kejuruteraan petroleum dan gas telah mengadakan lawatan kerja ke Kolej Profesional Baitulmal (MAIWP) padi tadi.

Lawatan kerja ini bertujuan membincangkan hal berkaitan usahasama program yang boleh dilaksanakan antara KPB dan UTP serta berkongsi kepakaran dalam bidang yang berkaitan.

UTP diwakili oleh Assoc. Prof Dr Jafreezal B Jaafar, Dean (Faculty of Science & Information Technology), Dr Aliza Bt Sarlan , Chair (Computer Information Sciences), Haryanni binti Harun, Senior Lecturer (Management and Humanities), Mohd Adlan bin Zulkafeli @ Zulkifle, Executive (Faculty of Science & Information Technology) dan Mohd Nur Ikhwan bin Mohd Redzwan, Executive (Registry). KPBKL diwakili oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub (Rektor KPB) bersama pengurusan tertinggi KPB.

[gdl_gallery title=”20190710″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.