[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 26 Mac 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur telah menerima lawatan kerja daripada wakil Universitas Islam Riau Fakultas Agama Islam, Indonesia.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan hal berkaitan penempatan yang bersesuaian dengan bidang pengajian pelajar Universiti Islam Riau Fakultas Agama Islam bagi menjalani Kuliah Kerja Nyata/ mobility tidak ber-SKS (Sistem Kredit Semester/Latihan Industri). Seramai 10 orang pelajar akan terlibat dan di jangka akan bermula pada 28 Jun 2019 hingga 24 Julai 2019.
Universitas Islam Riau Fakultas Agama Islam, Indonesia telah di wakili oleh Dr Zulkifly Rusby .MM.ME.Sy dan Bapak Mohamad Arif, manakala KPBKL telah diwakili oleh Dato Hj Razali Shahabudin (Pengerusi KPBKL), Tuan Sakaria Semela (KPE KPBKL), Dr. Noraini Binti Mohamad (TKPE Akademik & Antarabangsa), Rokiah Yunus (Pendaftar), En. Afif Syahmi Mohd Husnin (Pengurus Wakil Kolej Kediaman) dan Farah Suraya Datuk Hj. Che Mat (wakil Kolej Kediaman).