(B.Melayu) Lawatan Kerja TESDEC Ke KPBKL

(B.Melayu) Lawatan Kerja TESDEC Ke KPBKL


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 27 Mac 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur telah menerima lawatan kerja daripada wakil Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC).

Kunjungan ini bertujuan membincangkan hal berkaitan usahasama program yang boleh dilaksanakan antara KPBKL dan TESDEC serta berkongsi kepakaran dalam bidang yang berkaitan. Tiga program yang di kenal pasti iaitu program Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Diploma Pengurusan Industri Halal dan Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf.

TESDEC telah di wakili oleh Encik Zuraimy Bin Seman dan Encik Maliki bin Mohamad , manakala KPBKL telah diwakili oleh Tuan Sakaria Semela, (KPE KPBKL), En Wan Mohamed bin Wan Ibrahim (TKPE Infrastruktur, Teknologi Maklumat & Keselamatan), dan Dr Noraini Binti Mohamad (TKPE Akademik & Antarabangsa).

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.