(B.Melayu) Lawatan Kerja Rag Oxford City Campus

(B.Melayu) Lawatan Kerja Rag Oxford City Campus


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 17 April 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur telah menerima lawatan kerja daripada wakil Rag Oxford City Campus, Kuala Lumpur. Kunjungan ini bertujuan membincangkan hal berkaitan usahasama program yang boleh dilaksanakan antara KPBKL dan Rag Oxford City Campus serta berkongsi kepakaran dalam bidang yang berkaitan.

Rag Oxford City Campus diwakili oleh Nor Azlina Ab Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif, dan Geethasri Kandasamy, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif manakala KPBKL telah diwakili oleh Cik Siti Nazirah Sheikh Omar (Pengurus Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Kokurikulum) , Marsuraidi Maturadi, (Dekan Sekolah Perakaunan), Nur Zakirah Md Salleh (Ketua Program CAT) , dan Fatin Filzah Mohd Sabri (Eksekutif Pejabat Pendaftar).

[gdl_gallery title=”17042019-3″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.