Lawatan kerja Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi ke KPB MAIWP

Lawatan kerja Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi ke KPB MAIWP

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 15 October 2019 – Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi telah mengadakan lawatan kerja ke Kolej Profesional Baitulmal (KPB MAIWP). Perbincangan yang diadakan di Bilik Mesyuarat 1 membincangkan berkenaan peluang menyambung pengajian di KPB MAIWP, pembangunan modul, kajian akademik, perkongsian kepakaran, dan penganjuran Program Khidmat Masyarakat dan Bakti Siswa.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Rokiah Yunus, Pendaftar KPB MAIWP, dihadiri oleh barisan Pengurusan Tertinggi KPB MAIWP, dan wakil-wakil dari PLPP Bangi; En. Ismail Bin Kasan, Ustaz Mohd Aiman Bin Ismail, Mohd Fuaad Bin Abdullah Rahim, dan En. Redzuan Bin Latif.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.