Lawatan Kerja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur Ke KPBKL (MAIWP)

Lawatan Kerja Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur Ke KPBKL (MAIWP)

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 18 Julai 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah menerima lawatan kerja daripada delegasi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur. Tujuan lawatan kerja ini adalah membincangkan peluang kerjasama yang boleh dijalankan antara ke dua-dua belah pihak.

Delegasi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Kuala Lumpur diwakili oleh Prof. Madya Dr. Hj. Anuar Suun, Pengarah; Encik Fathul Rahman bin Mohamad Amin, Bendahari Kehormat; Encik Mohamad Aidil bin Mohamad Ali, Penolong Pengarah Latihan; Tuan Hj. Amri bin Abd Ghaffar, Penolong Pengarah PBS dan Puan Norbaini binti Hj. Baharuddin. Manakala pihak KPBKL (MAIWP) diwakili oleh Rektor, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub dan barisan pengurusan tertinggi.

Antara intipati perbincangan ialah berkenaan perlaksanaan Kursus Asas Pertolongan Cemas kepada pelajar dan warga kerja KPBKL (MAIWP) bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai prosedur pertolongan cemas dan asas CPR.

[gdl_gallery title=”20170718-01″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.