[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 12 Disember 2019 – Lanjutan daripada Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur dengan Yayasan ADDIN pada bulan Julai yang lalu, hari ini telah diadakan lawatan kerja ke Maahad Tahfiz ADDIN, Perak. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat kemudahan dan fasiliti yang disediakan di Maahad ini sebagai persediaan kolaborasi antara KPB dan Yayasan ADDIN. Lawatan ini telah diketuai oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Yaakub, Rektor Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur bersama barisan Pengurusan Tertinggi KPB.
Selain di bawa ke Maahad Tahfiz ADDIN, deligasi KPB turut juga dibawa melawat ke Pondok Pengajian Pondok Al Amin, Kg Lubuk Katak, Tapah, Perak. Di sini Hj Rosli bin Narawi, AJK Biro Logistik Pengajian Pondok Al Amin telah memberi penerangan mengenai pengajian dan aktiviti di sini. YBhg. Ustaz Mohd Sabri Bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ADDIN turut serta dalam lawatan ini.