(B.Melayu) Lawatan Kerja KPBKL Ke UNIMY

(B.Melayu) Lawatan Kerja KPBKL Ke UNIMY


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 19 April 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur telah membuat lawatan kerja ke Universitiy Malaysia of Computer Science and Engineering. Lawatan kerja ini bertujuan membincangkan hal berkaitan usahasama program yang boleh dilaksanakan antara KPBKL dan UNIMY serta berkongsi kepakaran dalam bidang yang berkaitan.

KPBKL diwakili oleh YBhg Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akob (Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL), En. Wan Mohamed bin Wan Ibrahim (TKPE Infrastruktur, Teknologi Maklumat & Keselamatan), Dr. Mohamad Fitri Bin Yusof (TKPE Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Pn. Rokiah Binti Yunus (Pendaftar) dan En Kamarul Azhar Bin Abdul Rahman (Ketua Bahagian Pengurusan Talent).

UNIMY diwakili oleh YBhg. Prof. Dr. Mokhtar bin Abdullah (Naib Canselor), Prof. Dr. Angela Amphawan (Dekan Akademik), Puan Norpisah Mat Isa (Pendaftar) dan Encik Muhammad Faizol Ahmad Ibrahim (Jaminan Kualiti).

[gdl_gallery title=”19042019″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.