Lawatan Kerja KPB ke Finterra

Lawatan Kerja KPB ke Finterra

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 4 Disember 2019 – Pertemuan di antara pihak Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL MAIWP) dan Finterra Technologies Sdn Bhd telah berlangsung pagi tadi. Mesyuarat berkaitan projek blockchain wakaf yang dikhususkan kepada KPBKL MAIWP dan Kolej Universiti PICOMS itu berlangsung di Menara UOA, Damansara II.

Dr. Mazlan Ahmad yang merupakan Pengerusi Eksekutif Finterra Technologies Sdn Bhd, mempengerusikan mesyuarat yang turut dihadiri oleh Prof. Dato’ Dr Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL MAIWP; Prof Dr Wan Mohd Azizi Bin Wan Sulaiman, Naib Canselor Kolej Universiti PICOMS; dan Pengurusan Tertinggi KPBKL MAIWP.

Manakala Finterra Technologies Sdn Bhd, turut diwakili oleh Encik Mohamed Saifudin Ariff (Ketua Pegawai Eksekutif, Waqf Blockchain), Puan Amnah Khalid Rashid (Pengurus Penyelidikan), Cik Fatin Nabilah Fatah (Eksekutif Pembangunan Perniagaan) dan Encik Muhammad Ariff Mhd Asri (Eksekutif Pembangunan Perniagaan).

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.