Kursus Profesional Halal

Kursus Profesional Halal

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online,21 Januari 2020 – Akademi Halal Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur MAIWP telah menganjurkan Kursus Profesional Eksekutif Halal Siri Januari 2020 selama 9 hari bermula dari 13 Januari sehingga 21 Januari 2020 di Bilik Latihan Korporat Tingkat 3, KPBKL. Seramai 18 orang peserta terlibat dalam kursus ini. Kursus ini meliputi 5 modul iaitu Halal Manual Records and Administration, Internal Halal Committee, Halal Certification Process, Halal Quality Assurance dan Halal Internal Audit Facilitation. Akademi Halal KPBKL telah diiktiraf dan dilantik oleh JAKIM Halal Profesional Board (HPB) untuk menawarkan Kursus Profesional Eksekutif Halal.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.