[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 15 Mei 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah menerima kunjungan sillaturahim daripada YBhg. Dato’ Sri Syed Hussein Al-Habshee, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Dalam majlis ini satu sesi taklimat telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Ketua Pegawai Eksekutif KPB bersama Dato’ Sri Pengerusi MAIWP serta barisan pengurusan tertinggi MAIWP dan KPB. Taklimat ini diadakan bagi membincangkan halatuju KPB dan hal-hal berkaitan tadbir urus KPB ke arah Kolej Universiti.
YBhg. Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee dan barisan pengurusan tertinggi sempat meluangkan masa mengadakan lawatan di sekitar bangunan pentadbiran KPB dan persekitarannya untuk melihat fasiliti di KPB
Dalam kunjungan ini juga YBhg. Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee turut merasmikan Kafetaria baru KPB yang dilengkapi dengan sebuah bilik makan berhawa dingin untuk warga KPB dan ruang makan yang lebih kondusif untuk pelajar. Majlis diakhiri dengan Majlis Berbuka Puasa bersama warga KPB di kafetaria KPB.
[gdl_gallery title=”20190515″ width=”900″ height=”500″ ]