[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 18 Jun 2019 – Pengurusan kanan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) meluangkan masa melawat Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) hari ini. Fokus utama lawatan ini adalah untuk membincangkan peranan dan sumbangan media massa di dalam pendidikan terutamanya dalam memperkasakan anak-anak asnaf.
Lawatan diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP), Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah binti Ya’akub selain itu bertujuan meninjau operasi integrasi editorial dan kandungan tiga akhbar Kumpulan NSTP – BH, New Straits Times (NST) dan Harian Metro serta produk digital terbitan NSTP.Selain meninjau pusat operasi editorial, delegasi KPB turut dibawa melawat Pusat Sumber NSTP dan Studio Jalan Riong Digital Photo NSTP. Kunjungan julung kali KPB berlangsung dalam suasana harmoni dan mesra.
Turut hadir sama di pihak tuan rumah ialah Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzaman; Pengarang Eksekutif BH (Bisnes & Gaya Hidup), Fauziah Ismail; Pengurus Besar Jabatan Pendidikan Vertikal NSTP, Cik Farah Ezrin Mohd Rashid; Ketua Komunikasi Korporat NSTP, En. Wan Abdillah Wan Nawi; En. Husain Jahit, Pengarang Eksekutif (Komersial), Harian Metro (HM); En Harris Hussain, Pengurus Editorial & Bisnes, NST; Pn Norlaila Hamima Jamaluddin, Pengarang Wanita, Harian Metro; En. Zulkarnain Abd Talib, Ketua Unit (Kerajaan); dan Pn Shamsul Niza Shamsuddin, Penolong Pengurus (Kerajaan), Pengiklanan, NSTP.
[gdl_gallery title=”20190618-2″ width=”900″ height=”500″ ]