Kunjungan Mahabbah Raya Rektor KPBKl (MAIWP) bersama Kelab SLPM

Kunjungan Mahabbah Raya Rektor KPBKl (MAIWP) bersama Kelab SLPM

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online,4 Julai 2019 – YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub Rektor dan barisan pengurusan tertinggi Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah mengadakan kunjungan mahabbah raya bersama kelab Sekretariat Latihan Pembangunan Mahasiswa (SLPM) KPB (MAIWP).

SLPM ini ditubuhkan pada Ogos 2018. Tujuan utama kelab ini adalah untuk meningkatkan gerak kerja mahasiswa dan mahasiswi yang lebih profesional bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam semua bidang kerja.

Kelab ini dibawah bimbingan pegawai penyelaras Ustaz Mohd Izzat Bin Mohd Abd Syukur. Di pengerusikan oleh Muhd Nur Fazly Bin Safie. Terdapat beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Kelab ini, antaranya ialah aktiviti paintball, lawatan ke pusat percetakan Al-Quran serta mengunjungi Taman Botani di Putrajaya.

[gdl_gallery title=”20190704″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.