[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 19 Jun 2019 – Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah binti Ya’akub bersama barisan pengurusan kanan Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, S.S. Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.
Ia merupakan kunjungan hormat pertama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Kedua-dua belah pihak kemudiannya meluangkan masa selama sejam membincangkan pelbagai isu termasuk rancangan kerjasama yang boleh dilaksanakan antara KPB (MAIWP) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. S.S. Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri turut berkongsi input serta pandangan khususnya berkenaan aspek wakaf dalam pendidikan. Mufti mempunyai aspirasi yang tinggi terhadap KPB sebagai sebuah pusat ilmu yang sangat berpotensi untuk berada setaraf dengan institusi pengajian tinggi (IPT) yang lain.
[gdl_gallery title=”20190619-2″ width=”900″ height=”500″ ]