Kunjungan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Ke KPBKL

Kunjungan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Ke KPBKL

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 29 September 2020 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) menerima kunjungan daripada Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia (JPT). Kunjungan ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara KPBKL dan JPT.
Delegasi daripada JPT diwakili oleh YBhg. Dr Zubaidah Binti Aman, YBhg. Dr. Siti Nor Afzan Binti Buyadi dan En. Faizal Bin Ayob. Manakala YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL dan barisan pengurusan tertinggi KPBKL turut bersama mengalu-alukan kedatangan JPT ke KPBKL.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.