[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 9 Januari 2020 – Pusat Kebertanggungjawaban Sosial (Corporate Social Responsibility) Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur telah mengadakan Kunjungan Ikatan Ukhwah ke Rumah Bakti Nur Syaheerah, Cheras semalam. Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkukuh ikatan ukhwah antara KPBKL dan Rumah Bakti, menjalin kerjasama antara bahagian di KPBKL (CSR, BAKAT, WAQF & INFORMASI), menyerah sumbangan dapur dari Warga KPBKL (G7 dan Pensyarah) dan mengadakan perbincangan untuk “WAY FORWARD” Lawatan ini telah diketuai oleh Dr Noraini Binti Mohamad, Pengarah Pusat Kebertanggungjawaban KPBKL, Wan Mohamed Bin Wan Ibrahim, Ketua Pustakawan, Kamarul Azhar Bin Abdul Rahman, Pengarah Pusat Pengurusan Bakat. Pihak Rumah Bakti Nur Syaheerah telah diwakili oleh Encik Johari Hj basri (Pengerusi) dan Pn Suzana Jaafar (Pengurus). Dalam lawatan ini juga pihak KPBKL telah menyampaikan sumbangan berupa makanan.