Kunjungan Hormat YAYASAN SABAH Ke KPBKL

Kunjungan Hormat YAYASAN SABAH Ke KPBKL

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 26 Oktober 2021 – Kolej Profesional Baitumal Kuala Lumpur (KPBKL) telah menerima kunjungan hormat daripada Bahagian Pembangunan Pendidikan Kumpulan Yayasan Sabah pagi tadi di Bilik Seminar 1, KPBKL. Kunjungan ini bertujuan membincangkan Perjanjian Persefahaman (MoU) kerjasama urusan penempatan pelajar Sabah untuk Program Biasiswa Cemerlang Luar Bandar.

Delegasi Yayasan Sabah telah diwakili oleh Puan Zaidah Hussain, Pengurus Kanan Yayasan Sabah Cawangan Kuala Lumpur, Encik Saliman Japaran, Pegawai Biasiswa, Bahagian Pembangunan Pendidikan, Yayasan Sabah, Kota Kinabalu, dan Encik Roslan Khairuddin, Pegawai Hal Ehwal Pelajar, Yayasan Sabah Cawangan Kuala Lumpur.

KPBKL pula telah diwakili oleh Pn Kasniah Neni, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat & Pemasaran, Cik Norazmunira Ali Bediri, Unit Komunikasi Korporat & Pengurusan Acara, Encik Zulfakah Jaafar dan Encik Zamrul Azlan bin Mohamed Rozali, Unit Promosi & Jaringan Komuniti.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.