Kunjungan Hormat Yayasan OHSEM ke KPBKL MAIWP

Kunjungan Hormat Yayasan OHSEM ke KPBKL MAIWP

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 24 September 2019 – Yayasan OHSEM Malaysia dengan visi menjadi peneraju kesejahteraan dan kesukarelawan warganegara berteraskan prinsip Islam, telah mengadakan kunjungan hormat dan perbincangan bersama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) hari ini. Antara perancangan bersama yang dibincangkan ialah penganjuran kursus bagi warga kerja KPBKL MAIWP dan penyertaan pelajar dalam program kesukarelawanan.

Yayasan OHSEM Malaysia diwakili oleh Pengerusi, YBhg. Dato’ Abd Rahim Uda dan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Zainudin Muhamad. Manakala KPBKL MAIWP diwakili oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Noor Inayah Yaakub dan barisan Pengurusan Tertinggi. Semoga pertemuan ini bakal membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada semua warga KPBKL MAIWP.

[gdl_gallery title=”20190924-1″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.