(B.Melayu) Kunjungan hormat Yayasan ADDIN ke KPB (MAIWP)

(B.Melayu) Kunjungan hormat Yayasan ADDIN ke KPB (MAIWP)


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 09 Mei 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan ADDIN ke Kolej Profesional Baitulmal (MAIWP)

Lawatan kerja ini bertujuan membincangkan hal berkaitan usahasama program yang boleh dilaksanakan antara KPB dan Yayasan ADDIN serta berkongsi kepakaran dalam bidang yang berkaitan.

Yayasan ADDIN diwakili oleh Tn. Hj. Mohd Sabri bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ADDIN dan Ustaz Mohamad Nasir bin Hassan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ADDIN.

KPBKL diwakili oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub (Ketua Pegawai Eksekutif KPB) bersama pengurusan tertinggi KPB.

[gdl_gallery title=”20190509-1″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.