Kunjungan Hormat Udlegde Sdn Bhd

Kunjungan Hormat Udlegde Sdn Bhd

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 10 September 2019- Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah menerima kunjungan hormat daripada Dr. Radhiatul Mardhiah, Pengarah Urusan UDLEDGE SDN. BHD petang tadi.

Kunjungan ini adalah rentetan daripada pelancaran World Digital Waqf Online Collection yang telah dilancarkan pada 23 Ogos 2019 yang lalu. Secara dasarnya UDLEDGE SDN BHD telah bersetuju untuk mewakafkan database platform kepada KPBKL (MAIWP) bagi membolehkan kerja-kerja penyenaraian bahan-bahan terbitan dan kajian dalam bidang wakaf dapat di laksanakan oleh perpustakaan KPBKL (MAIWP).

KPBKL telah diwakili oleh YBhg. Prof Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub dan barisan pengurusan tertinggi KPBKL (MAIWP).Pihak pengurusan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada UDLEDGE SDN. BHD atas usaha mulia tersebut.

[gdl_gallery title=”20190910″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.