Kunjungan Hormat Pusat Pungutan Zakat MAIWP ke KPBKL

Kunjungan Hormat Pusat Pungutan Zakat MAIWP ke KPBKL

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 22 Oktober 2019 – Dalam melebarluaskan lagi peranan Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) terutamanya kepada institusi pengajian tinggi, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL MAIWP) telah menerima kunjungan hormat dari pihak pengurusan PPZ-MAIWP. Delegasi PPZ-MAIWP yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff selaku Ketua Pegawai Eksekutif hadir ke KPBKL MAIWP bagi membincangkan beberapa perancangan strategik dalam memperkasakan anak-anak asnaf dari segi pendidikan.

Turut diadakan penyerahan simbolik cadangan Sudut Bacaan di perpustakaan KPBKL MAIWP hasil kerjasama kedua belah pihak dalam menyebarluas dakwah zakat di kalangan pelajar dan ahli akademik. Sudut yang dinamakan sebagai AZKA Corner akan boleh diakses pada tahun hadapan. Sejumlah buku akan diwakafkan dan sudut bacaan tersebut bakal menjadi penerima tetap setiap buku terbitan PPZ-MAIWP.

KPBKL MAIWP diwakili oleh Rektor, Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub bersama barisan Pengurusan Tertinggi. Turut hadir dari PPZ-MAIWP ialah Tuan Haji Khairulzhar bin Samsudin (Penolong Pengurus Besar Operasi), Encik Muhammad Faizul Wahab (Pengurus Unit Dakwah Perniagaan), Encik Mohamad Noor Sahidi Johari (Pengurus Unit Akademi Zakat), Encik Muhsin Nor Paizin (Penolong Pengurus Unit Akademi Zakat), Encik Abdul Rahim Abdul Aziz (Eksekutif Unit Akademi Zakat), Encik Mohd Yasir Ibrahim (Eksekutif Unit Dakwah Perniagaan) dan Encik Mohd Fakhrullah Ifwat Romzain (Pegawai Khas KPE PPZ MAIWP).

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.