[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 06 September 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan YB Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh di Tingkat 6, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut. Pertemuan ini telah di amanahkan oleh Rektor KPBKL MAIWP, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Yaakub yang kini sedang menjalankan tugas rasmi di University of Cambridge, United Kingdom.
Kunjungan ini adalah rentetan daripada sesi pemilihan pelajar KPBKL (MAIWP) bagi menyertai Bengkel Intensif Karantina Tahfiz yang bakal berlangsung pada 11 September 2019 sehingga 15 Oktober 2019 nanti.
Bengkel ini merupakan satu program menghafaz Al-Quran menggunakan kaedah Yadain Litahfizhil Quran dan merupakan anjuran bersama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Pertubuhan Ahlu Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Karantina Tahfiz ARTAB Malaysia.
KPBKL (MAIWP) diwakili oleh Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan), Dr. Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusoff dan barisan pengurusan tertinggi KPBKL (MAIWP). Turut bersama dalam perjumpaan ini adalah Al-Fadhil Ustaz Hj. Azizi bin Ab Hamid Al-Hafiz, Pengerusi bagi program ini dan dua orang wakil pelajar KPBKL (MAIWP) yang telah terpilih untuk menyertai program ini iaitu Ahmad Muadz Bin Kamaruddin dan Mifzal Haikal bin Ohtman yang merupakan pelajar Diploma Syariah Islamiyah
[gdl_gallery title=”20190906″ width=”900″ height=”500″ ]