Kunjungan Hormat KPBKL ke Yayasan UEM

Kunjungan Hormat KPBKL ke Yayasan UEM

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 20 Ogos 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan UEM. Kunjungan ini bertujuan membentangkan Kertas Kerja Projek Wakaf KPBKL (MAIWP) kepada Yayasan UEM. Pembentangan ini telah diadakan di bilik Charisma, Mercu UEM.

Yayasan UEM diwakili oleh Puan Nadia Hanafiah, Pengurus Kanan, dan Puan Zalina Md Ali, Eksekutif Kanan. Manakala KPBKL (MAIWP) diwakili oleh Rektor, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub; Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan), Dr. Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusoff; Pengarah Pusat Wakaf, Ustaz Mohd Syakir Bin Hj Mohd Taib dan pegawai-pegawai Pusat Wakaf Intelek.

[gdl_gallery title=”20190820″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.