Kunjungan Hormat KOPIM ke KPB

Kunjungan Hormat KOPIM ke KPB

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 20 Oktober 2019 – Koperasi Pusat Islam Berhad (KOPIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur pagi tadi. Kunjungan ini bertujuan membincangkan mengenai Kursus Pra Perkahwinan yang telah dirancang sebelum ini. KOPIM telah diwakili oleh YBhg Dato Che Min bin Che Ahmad (Pengerusi KOPIM), YBhg Dato’ Ismail bin Noor (ALP TV Diana KOPIM) , Tn Hj Abdul Halid bin Sintol (Timb. Pengerusi KOPIM), . En Abdullah bin Abu Mat Suaud (Setiausaha KOPIM), dan Pn Azizah binti Ab Rahman (Pen. Setiausaha KOPIM).
KPB telah diwakili oleh YBhg. Dato’ Hj. Razali bin Hj. Shahbudin, Pengerusi Ahli Lembaga KPB, En Wan Mohamed bin Wan Ibrahim (Ketua Pustakawan), Pn. Rosmawati Binti Muhammad Zain (Bursar) dan En. Kamarul Azhar bin Abdul Rahman (Pengarah Pusat Pengurusan Bakat).

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.