KUALA LUMPUR: Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan oleh Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) ke Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTM).
Delegasi KPBKL diketuai oleh Tuan Haji Zuri Zabuddin bin Budiman, Pengerusi dan disertai oleh Prof. Madya Dr. Haji Mohammad Firdaus Low bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif; Puan Syarfina Junaida binti Bolhan, Pengarah Perancangan Strategik dan Komunikasi; dan Encik Ahmad Faedz bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Perancangan Strategik dan Komunikasi.
Kunjungan delegasi KPBKL disambut oleh Encik Radzuan bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif KPTM; Encik Mohd Sahidi bin Yaakob, Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan; Encik Mohamed Saifuddin bin Hussin, Ketua Pegawai Operasi; Puan Azlina binti Yusof, Ketua Pegawai Kewangan; dan Encik Mudzir bin Mohamad, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat.
Kunjungan ini berkisarkan perbincangan potensi perniagaan dan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan antara KPTM dan KPBKL pada masa akan datang.
Tarikh: 09 Januari 2025
Sumber: Bahagian Perancangan Strategik & Komunikasi