[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]
Online, 21 Februari 2018 – Institusi Profesional Baitulmal (IPB) diwakili Pengerusi Lembaga Pengarah IPB; YBhg. Dato’ Haji Razali bin Haji Shahabudin, Ketua Pegawai Eksekutif; Tuan Sakaria Bin Semela, serta barisan Pengurusan Kanan IPB telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat YBhg Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Pengarah Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan kerjasama dua hala antara IPB dan JAKIM berkaitan Modul Training Halal JAKIM. IPB telah dilantik oleh JAKIM sebagai Rakan Strategik Di Bawah Malaysia International Halal Academy (MIHA), Majlis Halal Malaysia dan dipertanggungjawabkan menjalankan kurus dan khidmat nasihat kepada industri halal luar negara yang berminat mendapatkan pensijilan halal dengan JAKIM. Kerjasama ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala antara IPB dan JAKIM dalam membangunkan pengurusan latihan halal dalam dan luar negara.
[gdl_gallery title=”21022018″ width=”900″ height=”500″ ]