(B.Melayu) Kunjungan Hormat Etiqa Insurans & Takaful Berhad Ke IPB

(B.Melayu) Kunjungan Hormat Etiqa Insurans & Takaful Berhad Ke IPB


[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]

Online, 22 Februari 2018 – Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Sakaria Semela mewakili Institut Profesional Baitulmal (IPB) telah menerima kunjungan hormat dari Etiqa Insurans & Takaful Berhad. Etiqa Insurans & Takaful Berhad merupakan peneraju pasaran takaful dan syarikat insurans konvensional yang terkemuka di Malaysia. Dalam kunjungan singkat ini, perbincangan telah dilakukan untuk meneroka potensi hubungan kerjasama dua hala yang boleh dilakukan antara IPB dan Etiqa Insurans & Takaful Berhad dalam membangunkan pengurusan institusi pendidikan Islam. Semoga pertemuan ini dapat menjalinkan kerjasama yang erat dan juga boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

[gdl_gallery title=”22022018″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.