[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 21 September 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur MAIWP terus melakar kecemerlangan apabila dinobatkan sebagai penerima Pearson Centre Award (Silver) dalam majlis Pearson Outstanding Learner Awards Ceremony 2019 yang telah berlangsung pagi ini di Clarke Ballroom, Le Meridien Hotel Kuala Lumpur. Anugerah ini diberikan kepada pusat pengajian yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang oleh pensyarah dan juga pelajar. Ini merupakan satu pengiktirafan kepada KPBKL MAIWP sebagai salah satu pusat pengajian bidang profesional terbaik di dunia.
Kecemerlangan ini lebih bermakna apabila seorang pelajar LCCI KPBKL MAIWP, Zunaidah Binti Nafiin turut menerima dua anugerah iaitu Country Gold Award dan World Silver Award bagi Pearson LCCI Level 3 Certificate in Advanced Business Calculations. Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang memperoleh markah tertinggi (High Achiever) dalam subjek yang di ambil sama ada di peringkat Malaysia atau dunia.
Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL MAIWP melahirkan rasa syukur di atas pengiktirafan ini dan berharap KPBKL MAIWP akan terus cemerlang pada masa akan datang serta dapat melahirkan lebih ramai pakar profesional dari kalangan asnaf.
[gdl_gallery title=”20190927″ width=”900″ height=”500″ ]