KPBKL Terima Anugerah PEARSON LCCI CENTRE AWARD 2020 – GOLD

KPBKL Terima Anugerah PEARSON LCCI CENTRE AWARD 2020 – GOLD

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 22 Julai 2020 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) terus melakar kecemerlangan apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa dari Pearson United Kingdom iaitu PEARSON LCCI CENTRE AWARD 2020 – GOLD bagi pencapaian terbaik sepanjang tahun 2019. Pearson memberikan pengiktirafan khas ini kepada KPBKL kerana telah memenuhi kriteria iaitu kualiti pengajaran yang disampaikan oleh para pensyarah serta sokongan daripada kakitangan pentadbir kepada para pelajar. KPBKL telah mencapai peratusan kelulusan keseluruhan sebanyak 81% bagi peperiksaan sepanjang tahun 2019 yang dikendalikan oleh Pearson. Seorang pelajar iaitu Mas Idayu Binti Munip telah menerima anugerah Country Gold Award bagi subjek Pearson LCCI Level 2 Certificate in Business Calculations. Rektor KPBKL, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Yaakub mengucapkan setinggi tahniah kepada seluruh warga KPBKL di atas pencapaian ini.

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.