KPBKL Naib Johan Pertandingan Khat Peringkat MAIWP

KPBKL Naib Johan Pertandingan Khat Peringkat MAIWP

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 1 September 2020 – Tahniah kepada Pn. Hasanah Hassan, Penolong Pendaftar Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) yang telah dinobatkan sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Khat Peringkat MAIWP yang telah diadakan pada 14 Ogos 2020 yang lalu. Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Nizam bin Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dalam Majlis Perhimpunan Bulanan dan Pelancaran Program Memartabatkan Tulisan Jawi Peringkat MAIWP di Dewan Seminar Aras 1 Bangunan PERKIM.

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL turut hadir dalam majlis ini dan menzahirkan rasa syukur dan bangga atas kejayaan Pn. Hasanah Hassan. Seorang lagi wakil KPBKL Cik Nur Amirah Othman telah menerima hadiah saguhati. Seramai 30 orang telah menyertai pertandingan ini yang telah disertai oleh warga kerja MAIWP dan anak syarikat MAIWP. Pertandingan Khat ini merupakan salah satu inisiatif MAIWP dalam memartabatkan tulisan jawi dalam kalangan warga kerja MAIWP dan anak syarikat MAIWP.
Tahniah diucapkan kepada MAIWP atas penganjuran pertandingan ini dan tahniah kepada pemenang!

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.