[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 11 April 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Sukan Majlis Agama Islam (KASUMA) V. KASUMA V ini telah berlangsung dari 10 April 2019 sehingga 13 April 2019 dan sebanyak 11 acara telah dipertandingkan antaranya futsal, bola jaring, bola tampar, badminton, pingpong, takraw, bowling, dart, scrabble, catur dan karom.
KASUMA V ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Razali Shahabudin, Pengerusi KPBKL di Superbowl Berjaya Time Square. Turut hadir semasa majlis perasmian YBhg Dato’ Sri Syed Hussein Alhabshee, Pengerusi MAIWP, YBhg Prof Dato’ Dr Noor Inayah Ya’akob, Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL, Datuk Hj Che Mat Che Ali, Pegerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ).
Penganjuran KASUMA V ini bertujuan untuk meningkatkan minat dan penglibatan setiap anak-anak syarikat di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam aktiviti sukan dan permainan selain dapat merapatkan hubungan dan ikatan ukhwah sesama pegawai dan kakitangan keseluruhan warga MAIWP.
Majlis penutup KASUMA V telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Abdul Aziz Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP di Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan. MAIWP telah muncul juara keseluruhan KASUMA V diikuti oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ), PICOMS, KPBKL, PUSRAWI dan Brotherhood. Dalam ucapan penutup YBhg Datuk Abdul Aziz Jusoh, mengumumkan PUSRAWI akan menjadi tuan rumah bagi KASUMA VI pada tahun 2020.
[gdl_gallery title=”20190411″ width=”900″ height=”500″ ]