[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 19 Julai 2019 – Satu lagi kerjasama akan termeterai di antara Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang memberikan fokus kepada program sijil professional dan diploma dalam Ar-Rahnu. Ini bagi melahirkan anak-anak asnaf yang lebih professional dan kompetitif dalam menerokai bidang baru.
YaPIEM diwakili Pengurusan Utama iaitu Puan Parihah Bt Hasan (Pemangku Ketua Pengarah), Tuan Hj Mohamad Zamri Zakaria (Pengarah Kanan Pejabat Pengarah Pengurusan Dana Infaq & Pembangunan Sosioekonomi), Puan Sabariah Bt Zainal Abidin (Timbalan Pengurus Besar Pejabat Pengarah Perancangan, Dasar & Kualiti) dan Encik Mohamad Fozi B. Tunggal (Pengurus Kanan Pejabat Pengarah Kewangan & Pentadbiran). Manakala KPBKL (MAIWP) di wakili oleh Rektor, Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub dan barisan pengurusan tertinggi.
Delegasi KPBKL (MAIWP) turut dibawa meninjau Cawangan Arrahnu YaPEIM di Tingkat 7 bagi melihat sendiri beberapa perkhidmatan yang ditawarkan antaranya Perkhidmatan Emas (Cuci/Uji/Nilai) dan Gadaian dan Penebusan.
[gdl_gallery title=”20170719-02″ width=”900″ height=”500″ ]