[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 19 Ogos 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) optimis untuk terus memperhebat usaha mengembangkan ruang kerjasama dengan badan korporat di Malaysia dan hari ini KPBKL (MAIWP) berada di sebuah institusi pelaburan terkemuka negara iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi Pembentangan Kertas Kerja Projek Wakaf KPBKL (MAIWP).
PNB diwakili oleh Naib Presiden Kanan, Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi PNB, Encik Aziz Anuar; Ketua Pengurusan Syariah, Dr. Ahmad Basri Ibrahim dan Naib Presiden Jabatan Pendidikan, Encik Zamani Abdullah.
Manakala KPBKL (MAIWP) diwakili oleh Rektor, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub; Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan), Dr. Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusoff; Pengarah Pusat Wakaf, Ustaz Mohd Syakir Bin Hj Mohd Taib dan pegawai-pegawai Pusat Wakaf Intelek.
Pembentangan diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Komunikasi, Menara PNB, Jalan Tun Razak.
[gdl_gallery title=”20190819-1″ width=”900″ height=”500″ ]