1. Menjalankan kuliah dan tutorial kepada pelajar mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jabatan.
2. Membimbing pelajar melalui program rasmi Jabatan dan/atau kolej (program “mentor-mentee”) dan seumpamanya.
3. Memberi bimbingan akademik kepada pelajar melalui sesi rundingcara.
4. Menyediakan soalan peperiksaan, serta menjalankan penandaan dan pemarkahan bagi subjek berkaitan mengikut ketetapan dan peraturan akademik.
5. Menjadi pengawas peperiksaan bagi semua program yang dijalankan oleh kolej.
6. Terlibat dalam aktiviti penulisan dan penerbitan untuk memperkasakan ahli akademik.
7. Mematuhi peraturan dan piawaian yang ditetapkan oleh kolej, agensi, dan badan profesional.
8. Menjalankan tugas pentadbiran Jabatan Akademik & Penyelidikan mengikut keperluan dan arahan semasa.
9. Menganggotai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Jabatan dan/atau kolej untuk tujuan pembangunan akademik dan KPBKL.
10. Menghadiri mesyuarat Jabatan Akademik & Penyelidikan dan Kolej.
11. Menjalankan aktiviti untuk mempromosikan program akademik.
12. Melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan masyarakat apabila diperlukan.
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
1. Mempunyai kelayakan ACCA.
2. Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan ATAU mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dengan 5 tahun pengalaman kerja ATAU mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dan menjadi Ahli Badan Ikhtisas yang berkaitan.
3. Berpengalaman mengajar dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan.
4. Berkebolehan berfikir secara kreatif dan kritis, mempunyai kebolehan pengurusan yang tinggi, komited dalam kerja berkumpulan, analitis, fleksibel, proaktif, dan berkemampuan untuk bekerjasama dengan semua lapisan anggota dan agensi luar.
5. Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan aplikasi komputer, terutamanya Microsoft Office.
Copyright ©kpbkl.edu.my 2024
YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”
Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.
Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.