Jawatan Kerjaya

Penolong Pegawai Tadbir (Pemasaran Digital)

JABATAN / BAHAGIAN

Perancangan Strategik & Komunikasi

TARAF JAWATAN

Kontrak

Ringkasan Bidang Tugas

1. Membantu menguruskan akaun media sosial, merangka dan menjadualkan content di media sosial, memantau dan memberi respons kepada komen serta mesej yang berkaitan.

2. Membantu penyediaan slide, infografik dan reka bentuk visual untuk platform digital.

3. Membantu menganalisis data trafik, mengukur prestasi dan menyediakan laporan untuk laman sosial.

4. Membantu melaksanakan kempen pengiklanan digital merentasi pelbagai platform media.

5. Membantu melaksanakan penyelidikan pasaran, menganalisis tren industri, dan mengenal pasti peluang baru.

6. Membantu urusan pentadbiran am unit seperti pengurusan mesyuarat, surat menyurat dan lain-lain urusan berkaitan.

7. Bertindak sebagai jurufoto/ juru video dan melaksanakan suntingan gambar untuk acara yang dianjurkan/ dijemput, majlis-majlis rasmi dan aktiviti pelajar. Serta membantu urusan storage arkib foto/video

8. Bekerjasama dengan pasukan kreatif untuk menyelaraskan tema visual yang konsisten dalam kempen pemasaran dan penerbitan.

Syarat Kelayakan Minimum

1. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang kreatif, pemasaran, perniagaan atau bidang lain yang berkaitan serta diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

2. Pengalaman 1 hingga 3 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan adalah satu kelebihan.

3. Berkebolehan untuk berfikir secara kreatif dan kritis, berkebolehan tinggi dalam pengurusan, komited dalam kerja berkumpulan, analitis, fleksibel, proaktif dan berkemampuan bekerjasama dengan semua lapisan anggota dan perhubungan dengan agensi luar.

4. Bersedia untuk belajar perkara baharu dan mampu berfikiran kritis dan kreatif. Berkemahiran dan kreatif dalam seni rekaan grafik, proaktif, pantas, komited serta berdisiplin.