Jawatan Kerjaya

Pegawai Tadbir (Ketua)

JABATAN / BAHAGIAN

Pusat Latihan & Konsultansi

TARAF JAWATAN

Kontrak

Ringkasan Bidang Tugas

1. Perancangan Strategik – Menyusun dan melaksanakan pelan strategik untuk pusat latihan, termasuk program latihan dan modul konsultansi yang relevan dengan keperluan pasaran, termasuk program-program TVET dan Micro-credential yang didaftarkan di bawah HRDC.

2. Pengurusan Operasi – Mengawasi operasi harian pusat, memastikan kelancaran pelaksanaan latihan dan konsultansi, serta memastikan penggunaan sumber daya yang efisien.

3. Pembangunan Kurikulum – Merancang dan mengembangkan kursus latihan serta program konsultansi yang berkesan dan terkini, selaras dengan perkembangan industri dan teknologi semasa, terutamanya program TVET dan Micro-credential.

4. Pengurusan Kakitangan – Mengurus dan memimpin pasukan jurulatih dan konsultan, termasuk tanggungjawab untuk merekrut, melatih, dan memantau prestasi mereka.

5. Hubungan Pelanggan – Berinteraksi dengan pelanggan untuk memahami keperluan mereka dan memastikan kepuasan mereka dengan perkhidmatan yang diberikan.

6. Pemantauan dan Penilaian – Menilai keberkesanan program latihan dan konsultasi, menggunakan maklum balas peserta serta data prestasi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan.

7. Pemasaran dan Promosi – Membangunkan strategi pemasaran untuk mempromosikan pusat latihan dan perkhidmatan konsultansi kepada bakal pelanggan.

8. Pengurusan Kewangan – Menyelia bajet dan kewangan pusat, termasuk perancangan perbelanjaan, pengurusan kos, dan menyediakan laporan kewangan semasa mesyuarat operasi (mingguan), bulanan, dan suku tahunan.

9. Inovasi dan Pembangunan – Menggalakkan inovasi dalam metodologi latihan dan konsultansi untuk memastikan pusat tersebut kekal relevan dan kompetitif.

10. Penyediaan dan Penerbitan Bahan Promosi – Menyediakan dan menerbitkan bahan promosi seperti flyers berkaitan program, latihan, dan kursus yang ditawarkan oleh KPBKL mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

11. Promosi melalui Media Sosial – Memastikan semua program, latihan, dan kursus dipromosikan melalui saluran media sosial.

 

Syarat Kelayakan Minimum

1. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan, Pengurusan Perniagaan, Komunikasi, Komunikasi Perniagaan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan, atau kelayakan setaraf dengannya.

2. Mempunyai sekurang-kurangnya 3 (tiga) tahun pengalaman dalam bidang berkaitan, yang akan dianggap sebagai satu kelebihan.

3. Berkebolehan memimpin serta berfikir secara kreatif dan kritis, mempunyai kemahiran pengurusan yang tinggi, komited kepada kerja berkumpulan, analitis, fleksibel, proaktif, dan mampu bekerjasama dengan semua lapisan anggota serta agensi luar.

4. Berpengetahuan dan mahir dalam penggunaan komputer, khususnya aplikasi Microsoft Office.

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.