KPBKL Adalah Antara Kolej-kolej Bersekutu (KKB) Yang Diraikan Dalam Majlis Penyerahan Insentif Dan Peluncuran Laporan Impak KKB UiTM

KPBKL Adalah Antara Kolej-kolej Bersekutu (KKB) Yang Diraikan Dalam Majlis Penyerahan Insentif Dan Peluncuran Laporan Impak KKB UiTM

SHAH ALAM – KPBKL adalah antara Kolej-kolej Bersekutu (KKB) yang diraikan di Majlis Perasmian Penyerahan Insentif & Laporan Impak KKB UiTM, dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM pada 10 Februari 2025.

KPBKL dan iCEPS-UiTM telah menjalinkan kerjasama program pengajian dikenali sebagai program Usahasama UiTM yang menawarkan tiga program pengajian di KPBKL iaitu Pra Perdagangan, Diploma Perakaunan, dan Diploma Pentadbiran Perniagaan.

KPBKL telah disebut dalam ucapan Ketua Eksekutif iCEPS, Professor Dr. Faizah binti Abd Majid sebagai KKB yang menghasilkan bilangan graduan tertinggi iaitu 6,756 graduan daripada jumlah 38,728 graduan di seluruh negara, dengan Kolej Unifield di tempat kedua dengan 3,611 graduan.

KPBKL diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Akademik & Penyelidikan), Pn. Rohayu binti Yusoff, turut mengiringi ialah Pendaftar, Pn. Rokiah binti Yunus dan Pengarah Perancangan Strategik & Komunikasi, Pn. Syarfina Junaida binti Bolhan, di majlis berkenaan.

Acara selainnya yang juga berlangsung di majlis berkenaan ialah Penyampaian insentif kepada KKB UiTM, dan Pelancaran Laporan Impak KKB UiTM.

 

Tarikh: 10 Februari 2025
Sumber: Bahagian Perancangan Strategik & Komunikasi

 

 

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.