KPB jalin kerjasama dengan TV AlHijrah

KPB jalin kerjasama dengan TV AlHijrah

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 4 November 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPB MAIWP) sedang bekerjasama dengan pihak TV AlHijrah bagi membincangkan program terbaharu yang sudah pun berada di peringkat akhir perbincangan. Sehubungan itu, pihak KPB MAIWP telah mengadakan lawatan kerja ke TV AlHijrah bagi bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah iaitu Tuan Namanzee Harris di AlHijrah Media Corporation, Pusat Penyiaran Digital TV AlHijrah, Kompleks Pusat Islam.

KPB MAIWP diwakili oleh Dr Mohamad Fitri Mohamad Yusoff, Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan) bersama barisan Pengurusan Tertinggi. Turut serta Puan Khairunnisa Mardhiah Mat Derus selaku Ketua Program Diploma Penyiaran Islam (DPI) dan Puan Nurul Aidawati Idris, Pengurus Bahagian Governans, Pejabat Pendaftar. Manakala TV AlHijrah turut diwakili oleh Tuan Haji Suffian Yahya, Pengurus Besar Kejuruteraan Penyiaran dan Puan Nadzariah Mohamed, Naib Presiden (Talent Business Partner).

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.