Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) meterai 5 memorandum persefahaman (MoU)

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) meterai 5 memorandum persefahaman (MoU)

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 2 Julai 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPB MAIWP) hari ini telah melakar sejarah dengan menandatangani lima memorandum persefahaman (MoU) dan satu Memorandum of Colloboration (MoC) dengan enam institusi iaitu University Malaysia Of Computer Science & Engineering (UNIMY), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Yayasan ADDIN, Khadijah International Waqf Foundation (KIWF), Amanah Raya Berhad, Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS dan sebuah badan korporat iaitu Finterra Technologies di Dewan Ibnu Jama’ah, Institut Kemahiran Baitulmal..

Kerjasama KPB bersama enam institusi ini merangkumi pelbagai aspek iaitu KPB dengan UNIMY Inkubator Pembangunan Kapasiti ICT Pelajar KPB (MAIWP) bersama Industri di UNIMY, KPB dengan USIM, penghasilan aplikasi Al-Quran khas bagi orang-orang kurang pendengaran, KPB dengan Yayasan ADDIN, penempatan pelajar tahfiz di KPB, KPB dengan KIWF, program latihan dan keusahawanan serta pendidikan berasaskan konsep wakaf di Malaysia, KPB dengan PICOMS dan FINTERRA Technologies, “Waqf crowd funding for Fintech Education” yang pertama di dunia, KPB dengan Amanah Raya Berhad, perkongsian kemahiran yang akan ditawarkan oleh KPB (MAIWP) kepada staf Amanah Raya Berhad dalam bidang Asas Perakaunan dan Kemahiran Bahasa Inggeris.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman ini telah disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam ucapannya berharap agar Memorandum Persefahaman yang dimeterai oleh semua pihak pada hari ini akan menjadi satu ‘milestone’ sebagai penanda kepada permulaan satu usahasama yang akan membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada masyarakat khususnya dan negara amnya.

Turut hadir meyaksikan MoU ini adalah YBhg. Profesor Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan,Tokoh Akademik Negara, YBhg. Dato Haji Razali bin Haji Shahabuddin, Pengerusi Lembaga Pengarah Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP), dan YBhg. Datuk Haji Abdul Aziz bin Jusoh, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

YB Datuk Seri Mujahid bin Yusof Rawa juga meluangkan masa bersama-sama meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP).

[gdl_gallery title=”20190702-2″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.