[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online,6 Julai 2019 – Seiring dengan visi Rektor KPB (MAIWP), YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub untuk melebarkan sayap dan membawa KPB (MAIWP) yang berusia 27 tahun ke persada global, KPB (MAIWP) telah mengambil inisiatif yang merupakan titik permulaan kerjasama dua hala bersama Universiti Fatoni. Program kerjasama ini telah dimeterai secara rasmi dalam Soft Launching Pattani ASEAN Mall dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah diadakan bertempat di Asean Mall bersempena lawatan kerja YB Hajjah Fuziah binti Salleh, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) ke Pattani, Thailand hari ini.
KPB (MAIWP) diwakili oleh Rektor, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub dan mewakili Pendaftar, Cik Nor Aida Sapuan (Pejabat Komunikasi Korporat dan Pemasaran). Manakala Universiti Fatoni diwakili oleh Rektor, Prof Madya Dr Ismaillutfi Japakiya. Kolej Universiti PICOMS, KISMEC, UNISZA, UNITI, dan Pattani Jaya Complex (PJC) turut memeterai MoU bersama Universiti Fatoni.
[gdl_gallery title=”20190706-2″ width=”900″ height=”500″ ]