[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online,4 Julai 2019 – Seramai lebih 300 orang pelajar baharu telah mendaftar bagi sesi kemasukan Julai 2019 yang melibatkan penawaran 9 program iaitu Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf, Diploma Pengurusan Industri Halal, Diploma Syariah Islamiyah, Diploma Pengajian Muamalat, Diploma Matematik Kewangan, Diploma Statistik Gunaan, Diploma Teknologi Maklumat (Keusahawanan) dan Certified Accounting Technician (CAT).
Rektor KPB (MAIWP), Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub dalam ucapannya pada Majlis Amanat Rektor dan Lafaz Ikrar Mahasiswa KPBKL (MAIWP) menzahirkan rasa gembira dan turut menasihati para pelajar agar memberikan fokus di dalam pelajaran dan menggunakan sepenuhnya kepakaran pensyarah-pensyarah serta kecekapan staf pentadbiran untuk membantu mereka di sepanjang tempoh pengajian di KPB (MAIWP).
Bacaan Lafaz Ikrar telah diketuai oleh Penghulu Minggu Ikatan Siswa (Julai 2019) iaitu saudara Muhammad Anas Bin Mohd Nasir dari program Diploma Syariah Islamiyah. Saudara Anas turut menyerahkan Borang Ikrar Mahasiswa kepada Rektor KPB (MAIWP).
Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Rektor (Akademik & Penyelidikan), Dr. Mohamad Fitri Bin Mohamad Yusoff; Pendaftar, Puan Rokiah Yunus; Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Cik Kausar Ismat’ Anunu; Dekan Fakulti Pengajian Teknokorporat, Puan Yusnifarina Yunus, barisan pengurusan tertinggi, para pensyarah dan warga kerja pentadbiran.
[gdl_gallery title=”20190704-2″ width=”900″ height=”500″ ]