[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 29 Ogos 2019 – Pada pagi ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Penyelidikan Ikon Zakat Bursa Public Listed Company (BPLC) di Bilik Latihan Korporat, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL).
Majlis Pelancaran Penyelidikan Ikon Zakat BPLC ini merupakan usahasama antara Koperasi Remisier Bumiputera Berhad (KRBB) dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP untuk menghasilkan penerbitan buku pada akhir tahun 2019 dengan objektif memaparkan hasil kajian terhadap sumbangan zakat perniagaan oleh syarikat-syarikat tersenarai (Public Listed company) di Bursa Malaysia.
Penyelidikan ini juga merupakan kolaborasi KRBB dengan KPBKL (MAIWP) di mana penglibatan seramai 20 orang pelajar KPBKL (MAIWP) yang terdiri daripada pelbagai program dan diselia oleh 3 orang pensyarah daripada Fakulti Pengajian Teknokorporat bagi tujuan penyelidikan ini.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Haji Azrin Dato’ Abdul Manan, Pengurus Besar Kanan Khidmat Pengurusan PPZ MAIWP. Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr. Noor Inayah Ya’akub, Rektor KPBKL (MAIWP), YBhg. Dr. Mohaamad Fitri Bin Mohamad Yusoff, Timbalan Rektor KPBKL (MAIWP), YBhg. Hj. Zainal Ariffin Osman, Pengerusi KRBB dan YBhg. Hjh Huda Ikhwan, Pengarah Projek Ikon Zakat BPLC.
[gdl_gallery title=”20190829″ width=”900″ height=”500″ ]