[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]
Online, 28 Ogos 2019 – Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Tujuan kunjungan hormat ini adalah membincangkan kerjasama yang boleh dijalinkan di antara YaPEIM dan KPBKL (MAIWP).
YaPEIM dan KPBKL (MAIWP) akan bekerjasama dalam usaha membantu dan mengeluarkan golongan sasaran B40 ke arah melestarikan dana. Beberapa bentuk kerjasama telah dibincangkan dalam pertemuan ini, antaranya adalah YaPEIM bersetuju memberi bantuan makanan ready to eat 400 pax sebulan secara berterusan kepada pelajar asnaf KPBKL, penempatan tempat latihan industri di 200 cawangan Ar-Rahnu YaPEIM seluruh Malaysia, dan inkubator usahawan pelajar KPBKL melalui pendanaan YaPIEM.
KPBKL (MAIWP) diwakili oleh Dr. mohamad Fitri bin Mohamad Yusof, Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan), Ustaz Mohd Syakir Mohd Taib ( Pengarah Pusat Wakaf KPBKL) dan Ustaz Mohd Izzat Bin Mohd Abd Shukor (Eksekutif). Manakala YaPEIM diwakili oleh Pn Sabariah Zainal Abidin, Pengarah Kanan Perancangan Dasar dan Kualiti dan pegawai serta staf YaPEIM. Turut serta dalam perbincangan ini adalah wakil daripada Kolej Universiti Antarabangsa Picoms. Semoga kerjasama antara ketiga-tiga pihak ini dapat dilaksanakan dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat.
[gdl_gallery title=”20190828″ width=”900″ height=”500″ ]