Karnival Soul Journey Belia Asnaf Sempena 50 Tahun MAIWP

Karnival Soul Journey Belia Asnaf Sempena 50 Tahun MAIWP

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, merasmikan Karnival Soul Journey Belia Asnaf bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Karnival ini, yang julung kali diadakan dengan kerjasama Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL), mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk belia asnaf, wakil sektor korporat, serta badan bukan kerajaan (NGO).

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang karnival berlangsung, antaranya sesi motivasi, pertandingan sukan, e-sukan, dan reruai pameran daripada agensi serta syarikat di bawah MAIWP.

Dalam majlis tersebut, simbolik penyerahan cek berjumlah RM699,350.00 telah disampaikan kepada KPBKL. Bantuan tersebut merangkumi wakalah zakat, peralatan pendidikan, serta pembinaan infrastruktur baru seperti makmal komputer.

MAIWP turut memperuntukkan dana zakat berjumlah RM19.85 juta bagi tahun 2024 untuk membantu pelajar di KPBKL melanjutkan pengajian mereka dalam pelbagai bidang.

Program Soul Journey, yang dilancarkan pada 2023, bertujuan memupuk jati diri serta memberikan asas keagamaan dan kekeluargaan kepada belia asnaf, khususnya di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pengerusi MAIWP, YBhg. Tuan Haji Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Ahli MAIWP YBhg. Tuan Haji Zuri Zabuddin bin Budiman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, dan Ketua Pegawai Eksekutif KPBKL, YBhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohammad Firdaus Low bin Abdullah.

 

Tarikh: 01 Disember 2024

Sumber: MAIWP

 

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.