Karnival Al Farabi

Karnival Al Farabi

[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]KPBKL[/dropcap]

Online, 25 Julai 2019 – Kelab Muamalat Islamic Management (MIM) dengan kerjasama Kelab Haji dan Umrah Management (HUMMAN), Kelab Zakat dan Wakaf (ZAQAF), Kelab Halal Industry Generation (HiGen) dan Lajnah Syariah Islamiyah telah menganjurkan “Karnival Al-Farabi. Karnival ini telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 dan 26 Julai 2019 di Dataran Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (MAIWP).

Tujuan penganjuran program ini adalah memberi peluang kepada pelajar untuk berkongsi ilmu berkenaan dengan Muamalat, Zakat, Wakaf, Haji, Umrah, Industri Halal dan Syariah Islamiyah melalui pelbagai aktiviti seperti simulasi haji, Muamalat Interactive Game, Halal Explorace, Escape Room Zaqaf, Teka silang kata Lajnah, Spooky Dart Humman , E-games, Jualan booth, dan Ceramah khas selepas solat fardhu maghrib berjemaah. Selain daripada itu melalui program ini juga diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara warga kampus KPBKL.

[gdl_gallery title=”20190725-01″ width=”900″ height=”500″ ]

Lain-Lain Berita

YBHG. DR. RUZIAH BINTI GHAZALI

Ahli Lembaga Pengarah

YBhg. Dr. Ruziah Binti Ghazali adalah pemimpin terkemuka dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia, yang diiktiraf dengan Anugerah Khas sebagai Jurulatih Utama dalam Pembangunan Pendidikan dari TVETecoUSIM. Beliau aktif mempromosikan TVET Islam dan menyokong individu kurang upaya, serta menyumbang kepada buku “Tiada yang Mustahil – Kisah Kejayaan Orang Kurang Upaya.”

Sebagai seorang cendekiawan dan Usahawan Wanita Islam, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan wanita dan komuniti, dan telah dianugerahkan Tokoh Saidatina Aishah sempena Hari Wanita Kebangsaan pada tahun 2021.

Dr. Ruziah memiliki PhD dalam Pembangunan Pendidikan dari Universiti Putra Malaysia, Sarjana Sains dalam Sains Pendidikan, dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya. Beliau juga merupakan Setiausaha Syarikat dan Ejen Cukai yang berlesen.