[dropcap type=”circle” color=”#ffffff” background=”#f16636″]IPB[/dropcap]
Online, 31 Mac 2018 – Institut Profesional Baitulmal (IPB) telah mengadakan Program Hari Terbuka IPB 2018; JOM MASUK IPB yang merupakan satu aktiviti yang penting dalam mempromosikan jenama dan produk IPB. Program Hari Terbuka IPB 2018 ini merupakan satu medium penting yang dapat menyebarluaskan info terkini mengenai IPB kepada pelanggan yang berpotensi merangkumi masyarakat umum, khususnya guru dan kaunselor sekolah, para pelajar, ibu bapa dan lepasan SPM / STPM / STAM / Diploma. Antara lain program ini diadakan untuk menanam semangat kebersamaan warga IPB sama ada dari kalangan kakitangan, pensyarah, pelajar sedia ada dengan masyarakat setempat.
Objektif utama Hari Terbuka IPB 2018 ini adalah untuk menambah jumlah pelajar baru seramai 2,430 orang dalam program-program profesional dan Islamik yang ditawarkan di IPB. Hari Terbuka IPB 2018 terdiri daripada gabungan empat jabatan yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak, iaitu Bahagian Perancangan Strategik & Pemasaran, Jabatan Akademik, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) & Asrama serta Unit Kaunseling / Kerjaya & Alumni yang bertujuan untuk sama-sama menyumbang untuk mencapai objektif yang digariskan.

[gdl_gallery title=”31032018″ width=”900″ height=”500″ ]